Heyooo Guys! Welcome!

Welcome to my blog guys. I will share what I know and hope it is useful for you all. Enjoy it. xoxo, H







Tuesday, November 20, 2012

Longgar Dan Ringkas

   Olla readers! Assalamualaikum untuk pembaca yang beragama Islam. Oh ya, saya ingin kongsikan kepada anda gaya yang paling sesuai disarungkan tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita berhijab.

   Jadi, jubah, seluar dan baju longgar yang simple! Itulah sepatutnya. Juga ingatlah kita sudah membawa diri sebagai wanita Muslim. Pakaian yang terbaik bukan jenama antarabangsa, namun, Allah menyebut di dalam Quran bahawa "Pakaian yang lebih baik adalah pakaian taqwa."

                                                                                          -xoxo, H-

Friends! Jaga Aurat!

   Hello. Assalamualaikum bagi pembaca yang beragama Islam. Seluar ketat seperti legging dan skinny jeans menjadi trend hangat buat masa kini yang mugkin menarik minat Muslimah di luar sana. Sesuaikah orang yang berhijab menggayakannya dangan baju yang labuh menutup bahagian pinggul?

   Okay, yang paling penting, saya mengingatkan diri saya dan pembaca, agar aurat kita ini dijaga dengan sempurna kerana itulah sebenarnya maruah dan identiti kita semua - tiada kompromi!

   Labuhkan tudung ke dada. Jagalah maruah kita dan ingat, trend tidak akan pernah kekal.

                                                                                          -xoxo, H-

Stailo Dalam Nada Santun

   Hai semua. Assalamualaikum bagi yang beragama Islam. Kali ini saya ingin berkongsi tentang perangai atau sikap seseorang individu yang suka melihat kebanyakan kawan mereka berhijab dan sering bergaya dengan stail tudung yang variasi. Dalam masa yang sama, mereka juga mahu mencuba.

   Bukan tidak boleh cantik. Tapi, apa yang dipakai banyak bergantung kepada masa, dengan siapa kita berurusan dan keadaan semasa.

   Lebih sederhana, lebih selamat. Ia menundukkan nafsu yang ingin lebih lawa dari orang lain dan lebih bergaya.

    Namun, jika kamu bersama bukan muslim, dan ke majlis tertentu, dengan urusan yang lebih professional, mungkin memakai dengan gaya yang lebih formal dan ceria agar tidak mereka merasa terlalu asing dengan kamu. Semuanya, bergantung pada keadaan dan kebijaksanaan.

                                                                                          -xoxo, H-

  

Kesederhanaan Berhijab

Hai! Saya ingin berkongsi apa yang perlu dititikberatkan dalam menggayakan hijab.

   Tudung, hijab, skarf, atau apa sahaja yang anda panggil adalah identiti diri buat wanita Islam. Malah, di dalam surah Al-Azhab ayat 59, Allah berfirman kepada wanita beriman (Muslim semestinya) untuk melabuhkan hijab supaya apa? Supaya 'dikenali' kerana ia lebih baik bagimu.

   Jadi pertamanya, pemakaian hijab adalah 'Untuk dikenali'. Untuk kita dikenali lalu menjadi simbol bagi wanita beriman. Dari jauh wanita Muslim dikenali kerana sehelai kain yang dipakai melangsiri kepala meeka. Tanda apa? Tanda Haya'. Lambang kepada ketaatan, kesederhanaan, dan ketaqwaan dalam mengikut ajaran Islam.

   Biasanya memakai hijab dikaitkan dengan modesty. Being modest, living modestly. A sign of modesty. Hijab = Modesty and Piety. Dalam bahasa Melayunya, merendah diri, sederhana dan sopan. Hijab oleh itu sepatutnya bersamaan dengan 'Kesederhanaan' dan 'Keimanan'.

                                                                                          -xoxo, H-

Tips: Berhijab

1. Hijab yang menutup dada itu adalah lebih afdal.
2. Dalam ghairah berfesyen, jangan pula hingga menampakkan leher atau helaian rambutmu.
3. Fesyen hijab 'jambul' tersembul juga harus dielakkan, ya. Jangan jadikan stail wanita Arab berhijab jadi ikutan.
4. Bersanggul Arab juga tidak praktikal dan releven, bukan? Jangan asyik mengikut sesuatu trend itu membuta-tuli. Buka minda dan pemandangan anda seluas-luasnya. Selain selendang paisley, cuba beralih angin menggunakan selendang sifon bercorak rona terang.
#Selamat beramal semua.
                                                                                          -xoxo, H-

Istanbul Aku Datang a.k.a IAD

   Hey my friends, followers, supporters. Saya nak kongsikan kepada anda cerita apa yang perlu ditonton pada bulan Nov ini. Haaa, Istanbul Aku Datang adalah pilihan saya. Istanbul Aku Datang adalah filem yang kelakar dan romantik. Kamu semua mesti tengok. Mesti!


   Pelakon bagi IAD? Tu, lihat gambar di atas. Ada Lisa Surihani, Tomok, dan Beto Kusyairy. Watak Lisa mestilah seorang yang comel dan manja. Tomok? Dia romantik dan pandai memujuk. Watak Beto pula, dia seorang yang berani menahan Lisa dari tinggalkan Istanbul.
   Jadi, apa tunggu lagi? Cari lah filem ni dekat mana-mana. Youtube ke, mho ke. Tapi kalau tengok dekat wayang lagi best. Puas rasanya. Masa hari yang lepas, saya pergi dengan kawan-kawan, harga tiketnya RM9 sahaja. Enjoy it!

-xoxo, H-

Jenis-jenis Zikir

JENIS: Basmalah
KETERANGAN: Bismillahirrahmanirrahim


JENIS: Tasbih
KETERANGAN: Subhanallah


JENIS: Tahmid
KETERANGAN: Alhamdulillah


JENIS: Takbir
KETERANGAN: Allahu Akbar


JENIS: Tahlil
KETERANGAN: La ilaha illallah


JENIS: Istighfar
KETERANGAN: Astaghfirullah al-Azim


JENIS: Hauqalah
KETERANGAN: La haula wala quwwata illa billah


#Saya harap anda semua bolehlah mempraktikkan zikir-zikir ini.
Selamat beramal.
-xoxo, H-

Solat -PRAKATA-

Solat atau dalam istilah orang Melayu, sembahyang, adalah amalan yang disyariatkan kepada umat Islam. Solat ada yang wajib dan ada yang sunat. Kenapa manusia mesti bersolat? Kenapa ada solat sunat? Soalan seperti ini sering ditanyakan oleh manusia, sama ada orang bukan Islam atau yang beragama Islam.
  

   Jawapan kepada soalan itu mempunyai kaitan rapat dengan prinsip asas aqidah atau kepercayaan orang Islam. Antara prinsip yang penting ialah manusia mesti tahu asal usulnya dan tujuan wujudnya.
  
   Manusia dan alam serta isinya adalah ciptaan Allah. Allah yang esa itulah yang berjasa menjadikan, menghidupkan, dan mematikan manusia. Allah jugalah yang bermurah memberikan segala rezeki dan nikmat kepada manusia. Disebabkan begitu gagahnya Allah, manusia seratus peratus bergantung kepada-Nya, maka hanya Allah sahaja yang disembah dan hanya Allah sahaja tempat manusia meminta tolong.


   Allah tidak memerlukan apa-apa daripada manusia dan segala yang wujud. Tetapi manusia menjadi fokus kepada Allah kerana manusia bukan sahaja hidup di dunia ini, tetapi akan hidup di satu alam lain selepas mati, iaitu syurga atau neraka. Perjalanan manusia yang begitu jauh dan susah memerlukan bimbingan dan petunjuk yang tidak putus-putus. Manusia sebagai makhluk, mempunyai tanggung jawab mengabdi kepada Allah. Firman Allah: "Tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk mengabdi keada Ku". (Surah al-Zariat: 56)

   Oleh yang demikian, manusia harus tahu dan menggunakan cara yang tepat an betul untuk mengabdi kepada Allah dan meminta bantuan-Nya. Maka, dalam hal solat ini, yang bersih dari syirik, menjadi jalan atau cara untuk mengabdi, berkomunikasi, mengadap, dan menyerahkan permintaan atau aduan kepada Allah.

   Solat yang disyariatkan untuk menggantikan cara penyembahan yang dibuat oleh manusia mengikut sangkaan, atau agak-agak, rasa-rasa, yang akhirnya membawa kepada khurafat, tahyul, dan kesesatan.

NOTA
1. Kitab pertama ditulis dalam bahasa Melayu ialah Siratal Mustaqim karya Syeikh Nuruddin Al-Raniri, tahun 1045 H (1624), menggunakan kata 'sembahyang' untuk padanan kata solat. Lihat buku tersebut edisi Jawi terbitan Darul Maarif, P.Pinang, halaman 92.
2. Nawawi, Majmuk, Jilid 3, halaman 3-5.
3. Al-Quran, surah al-Sajada (32) ayat 4-.9
4. Surah al-A'raf  (7) ayat 158.
5. Surah Yunus (10) ayat 31-32, dan Surah al-Nahl ayat 18.
6. Taklif, mukallaf.

-xoxo, H-