Heyooo Guys! Welcome!

Welcome to my blog guys. I will share what I know and hope it is useful for you all. Enjoy it. xoxo, H







Tuesday, November 20, 2012

Solat -PRAKATA-

Solat atau dalam istilah orang Melayu, sembahyang, adalah amalan yang disyariatkan kepada umat Islam. Solat ada yang wajib dan ada yang sunat. Kenapa manusia mesti bersolat? Kenapa ada solat sunat? Soalan seperti ini sering ditanyakan oleh manusia, sama ada orang bukan Islam atau yang beragama Islam.
  

   Jawapan kepada soalan itu mempunyai kaitan rapat dengan prinsip asas aqidah atau kepercayaan orang Islam. Antara prinsip yang penting ialah manusia mesti tahu asal usulnya dan tujuan wujudnya.
  
   Manusia dan alam serta isinya adalah ciptaan Allah. Allah yang esa itulah yang berjasa menjadikan, menghidupkan, dan mematikan manusia. Allah jugalah yang bermurah memberikan segala rezeki dan nikmat kepada manusia. Disebabkan begitu gagahnya Allah, manusia seratus peratus bergantung kepada-Nya, maka hanya Allah sahaja yang disembah dan hanya Allah sahaja tempat manusia meminta tolong.


   Allah tidak memerlukan apa-apa daripada manusia dan segala yang wujud. Tetapi manusia menjadi fokus kepada Allah kerana manusia bukan sahaja hidup di dunia ini, tetapi akan hidup di satu alam lain selepas mati, iaitu syurga atau neraka. Perjalanan manusia yang begitu jauh dan susah memerlukan bimbingan dan petunjuk yang tidak putus-putus. Manusia sebagai makhluk, mempunyai tanggung jawab mengabdi kepada Allah. Firman Allah: "Tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk mengabdi keada Ku". (Surah al-Zariat: 56)

   Oleh yang demikian, manusia harus tahu dan menggunakan cara yang tepat an betul untuk mengabdi kepada Allah dan meminta bantuan-Nya. Maka, dalam hal solat ini, yang bersih dari syirik, menjadi jalan atau cara untuk mengabdi, berkomunikasi, mengadap, dan menyerahkan permintaan atau aduan kepada Allah.

   Solat yang disyariatkan untuk menggantikan cara penyembahan yang dibuat oleh manusia mengikut sangkaan, atau agak-agak, rasa-rasa, yang akhirnya membawa kepada khurafat, tahyul, dan kesesatan.

NOTA
1. Kitab pertama ditulis dalam bahasa Melayu ialah Siratal Mustaqim karya Syeikh Nuruddin Al-Raniri, tahun 1045 H (1624), menggunakan kata 'sembahyang' untuk padanan kata solat. Lihat buku tersebut edisi Jawi terbitan Darul Maarif, P.Pinang, halaman 92.
2. Nawawi, Majmuk, Jilid 3, halaman 3-5.
3. Al-Quran, surah al-Sajada (32) ayat 4-.9
4. Surah al-A'raf  (7) ayat 158.
5. Surah Yunus (10) ayat 31-32, dan Surah al-Nahl ayat 18.
6. Taklif, mukallaf.

-xoxo, H-

No comments:

Post a Comment